Sunday, May 16, 2010

Bola Dapat Menenangkan Anak



Ini kajian terbaru. Kajian dibuat di Kelantan, 2010. Profesornya M.I.A (missing in action). Jangan tanya siapa. Siapa tanya kena balun dengan kuali panas. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa anak kecil boleh ditenangkan dengan "bola". Tidak perlu sebarang "bola" tapi bola biasa-biasa pun sudah memadai. :p

Fakta:
  • Bola tersebut mestilah bola plastik (dan lembut)
  • Tidak perlu dibaling ke kepala anak untuk ditenangkan
  • Kalau perlu sepak, jangan sepak anak. Sepak sama itu bola.
Auta:
  • Semua di atas.. :)
*bola dapat menenangkan anak sahaja, bukan si ayah. haha.

Tuesday, May 4, 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa. Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi (occupational stress ).
.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Sumber: Dicuri dari kiriman email untuk kau semua baca.

Monday, May 3, 2010

Hannan.. Ooo Hannan.. La..

Papa sedang memandu, Mama pula sibuk melayan Mukhlis. Sesekali kedengaran suara Hannan di seat belakang menyampuk cakap kami - memang beliau suka merapu. Huhu. Borak punya borak, tanpa perasan suara Hannan kian tenggelam.

Bila aku panggil, senyap. Bila aku toleh belakang, la.. Dah tertidur rupanya. Cara "ter"tido plak, memang klasik abis! Haha.


Sunday, May 2, 2010

Adrian Affendy Adalah Seorang Orang Pagi!!!


Translasi langsung: Adrian Affendy is a morning person!

Dia amat ceria dan gembira di waktu pagi. Kebetulan ketika Dhilla hendak bersiap ke tempat kerja, itulah masa dia bangun sambil gelak ketawa dan banyak mulut. Kadang kadang, cerita sedih, kadang kadang jerit jerit gembira. Dia semakin membesar dengan cepat.

Ada lebih 100++ fail jpeg fhoto Adrian Affendy hanya daripada satu sesi bergambar pagi tadi. Rasanya perlukan speedlight semulalah. Tiada pengcahayaan buat banyak pembaziran shutter clicks. Dengan spontan dan kelincahan Adrian, makin susah.

Esok saja…

Anak Itu Anugerah Terbaik

Dalam banyak2 perkara kurniaan Tuhan, aku paling bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat, comel, manja, kiut dan sedikit nakal. Walaupun baru dua orang, setiap hari rumah kami bagaikan zoo - disepahkan oleh dua makhluk bernama Nik NurHannan dan Nik Muhammad Mukhlis. :)

Tuhan kurniakan aku bakat, itu aku bersyukur.

Tuhan kurniakan aku kejayaan, itu juga aku bersyukur.

Kekayaan? Masih banyak perlu diperbaiki - aku tetap bersyukur.

Tetapi anak, aku amat amat bersyukur!



Aku hairan dengan sesiapa saja yang sanggup membuang anak. Aku tidak banyak kali meng'google keyword 'buang bayi' kerna air mata aku tidak dapat ditahan daripada menitis melihat tubuh kecil yang tersembam, terbaring dan terbujur kaku dihurung semut, di dalam semak.

Hannan dan Mukhlis, papa sayang anda berdua. Anda tidak akan disia-siakan. Papa janji.
Related Posts with Thumbnails