Friday, April 30, 2010

Hello World, Say HI to Adrian Affendy!!!




Mulanya bercadang untuk menulis sebuah entri lebih kepada perjalanan hari hari tersebut. Tetapi, mengingatkan kelangsungan kelahiran Adrian dengan kemaskini status di Facebook, serta respon rakan taulan di Facebook, lebih baik rasanya bercerita dengan dituruti status Facebook aku pada hari hari tersebut.
Fendy Zaidan False alarm...
February 2 at 9:41am via Facebook for BlackBerry
Pagi 2 Februari, mungkin selepas Subuh sedikit, aku dikejutkan dari tidur oleh wifey, mengatakan dia dah mula rasa kontraksi sedikit sedikit dan ingin ke hospital. Seperti yang semua mungkin sudah maklum, wifey ada dua tarikh kebarangkalian bersalin, iaitu 6 Februari dan 11 Februari. Jadi hari tersebut, aku rasakan sedikit awal dan masih ada beberapa preparation yang belum dilaksanakan, seperti mengemas bilik, membeli beberapa lagi keperluan dan sebagainya.

Tiba di Hospital Serdang, wifey dibawa masuk untuk diperiksa. Tidak sampai sejam, wifey keluar dan diarahkan untuk pulang dan hanya kembali jika betul-betul hendak bersalin, atau air ketuban pecah. Didiagnosis oleh doktor di Hospital Serdang bahawa ianya hanyalah false contractions. Kami pun pulang ke Bandar Baru Bangi, rumah pakcik wifey.
Fendy Zaidan Second Alarm...
February 2 at 4:18pm via Facebook for BlackBerry
Di Bangi, wifey tidur terlantar di katil. Dalam kesakitan yang aku rasa betul betul menganggu dia. Sesekali air mata mengalir. Aku tahu dia jenis yang suka menahan sakit dan tidak mahu berkongsi masalah dengan orang lain. Jam sudah hampir pukul 4 petang, dan wifey masih dalam kesakitan. Kami ambil keputusan untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik swasta untuk second opinion. Paling dekat adalah Pusat Perubatan Islam Az Zahrah di Bangi, kami pun pernah mendapatkan rawatan di sana.
Fendy Zaidan Dah bukak dah 3cm.
February 2 at 5:23pm via Facebook for BlackBerry
Aku, wifey, Baba, Mama dan Nana menuju ke Az Zahrah di Bandar Baru Bangi. Pusat perubatan yang pernah Dhilla bermalam ketika sakit di awal kehamilan. Sampai di sana, Dhilla dibawa masuk untuk pemeriksaan ditemani Mama. Tidak lama kemudian, Mama keluar dengan borang pendaftaran pesakit, dan memberitahuku, wifey sudah dalam kesakitan bersalin dan rahimnya telah terbuka 3cm. Wifey terus dimasukkan ke wad dan menunggu untuk dibawa masuk ke wad bersalin. Ketika ini, wifey sudah kelihatan pucat dan dalam kesakitan. Melihat kesakitan yang ditanggung wifey, it just made you realized whats your mothers went through when she was having you, kan? Insaf sebentar.
Fendy Zaidan 4cm. Will be updating by progress. Doakan yang terbaik. You guys gonna be uncle and aunts!
February 2 at 5:42pm via Facebook for BlackBerry
Wifey dalam kesakitan yang amat sangat. Aku hanya boleh mengurut-ngurut belakang badannya yang sakit. Sesekali melihat dia menahan sakit kontraksi dengan menolak almari besi di sebelah katilnya, amat menyayatkan hati. Sepupu sepupu wifey banyak yang mengalir airmata melihat wifey dalam kesakitan. Bidan juga telah sampai untuk memeriksa wifey. Beberapa ubat untuk mencuci perut dan diminta untuk berehat dan jika sudah tidak tahan sakit, boleh minta untuk dibawa ke bilik bersalin.
Fendy Zaidan I'm freaking out over Wifey conditions, its so heart wrenching...
February 2 at 7:40pm via Facebook for BlackBerry
Selepas Maghrib, kesakitan yang wifey rasa, sudah tidak terbendung. Jururawat dan Bidan bersetuju untuk membawa masuk wifey ke wad bersalin. Ketika ini, aku sempat berbincang dengan wifey siapa yang dia mahukan untuk menemaninya ketika bersalin. Ada cadangan untuk membenarkan Ibu or Mama (makcik wifey) kerana mereka ini adalah orang yang boleh guide wifey ketika bersalin. Tetapi wifey akhirnya memilih aku. Aku sebenarnya sedikit tidak keruan. Melihat kesakitan yang dialami pun aku sudah mula rasa kasihan dan hilang punca, inikan pula sakit ketika bersalin. Aku tekadkan hati, dan mengingatkan itu sahaja yang mampu aku buat, memberikan semangat kepada Dhilla dalam tempoh masa kritikal ini.

Ketika ini juga bertalu-talu SMS masuk bertanyakan progress dan keinginan untuk melawat. Aku cuma boleh meminta semua rakan taulan bersabar dan menunggu sahaja berita yang akan aku maklumkan secepat mungkin.
Fendy Zaidan Kepada godfather n godmother yg SMS aku, aku minta bersabar. Aku dalam labour room. Dhilla dah diepiduralkan. Nanti aku inform bila dah selesai... doa yg baik baik...
February 2 at 9:35pm via Facebook for BlackBerry
Sakit Dhilla makin menjadi-jadi. Sekali lagi bidan tu check bukaan rahim Dhilla. Its about 6-7cm. Kami tidak pernah berbincang tentang kemungkinan menggunakan epidural. Tapi sakit contraction Dhilla, dah makin teruk. Kami putuskan untuk ambil saja epidural untuk mengurangkan kesakitan dan memudahkan proses bersalin. Dengan tidak disangka, pakar bius yang ditugaskan pada malam itu, juga adalah salah seorang makcik Dhilla.

Selepas diepiduralkan, Dhilla shivering bagai nak gila. Ditanya jika dia sejuk, dia cakap tidak. Tetapi side effect daripada epidural tu memang dah nyata akan mendatangkan uncontrollable shivering. Tetapi sakit contraction memang hilang terus. Sambil itu, nurse ada memasang alat mendengar denyutan jantung bayi untuk dapatkan condition bayi.

Aku adalah sedikit harapan untuk bayi ini dilahirkan pada 2 Februari 2010. Tetapi melihat jam ketika itu, sudah pukul 1130 malam. Kalau tidak salah, ada dua lagi ibu yang bersalin pada malam itu. Terdengarlah sedikit jeritan jeritan pilu daripada bilik bersalin yang satu lagi. Dhilla kelihatan pucat. Aku, sedikit kaget.
Fendy Zaidan Hei World. Say HELLO to Adrian Affendy. A baby boy born in early 3rd February 2010. A Red Devil fans at heart...
February 3 at 2:39am via Facebook for BlackBerry
Dalam pukul 12 lebih, Bidan sekali lagi periksa Dhilla dan bagitahu yang Dhilla dah bersedia untuk bersalin. Persediaan dibuat dan doktor pun sampai. Beberapa kali percubaan dan latihan meneran, Dhilla selamat bersalinkan Adrian.

12.32 pagi, Februari 3 2010. Adrian Affendy dilahirkan. Bayi lelaki seberat 3.1kg.

Adrian diletakkan di atas Dhilla yang ketika itu dah dalam keadaan penat tidak terhingga. Adrian hanya keluarkan bunyi sekali sekala ketika nurse membersihkannya. Mata Adrian terbuka luas. Sesekali kelihatan dia menguap di dalam balang oksigen dan bersin. Comelnya.

Aku dibernarkan untuk mengazankan Adrian. Kegembiraan yang tadi membuak-buak, kini diselang seli dengan perasaan gusar dan takut. Sekarang aku bukan sahaja punya anak, tetapi telah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap satu nyawa di muka bumi ini. Seperti satu penampar nyata singgah ke muka untuk menyedarkan realiti.
Fendy Zaidan Hello Facebook! - VIDEO ALERT CUTENESS
February 3 at 1:08pm via Facebook Mobile
Daru hari itu dan ke hadapan, kesemua kejadian, merupakan satu adventure yang menyeronokkan dan kadang-kala membimbangkan. Anak pertama, pasti ada yang kita tidak arif. Segalanay daripada poop pertama, muntah pertama, senyum pertama, gengaman pertama, semuanya hendak diwarkan pada dunia. Kadang-kadang, takut juga kalau kenalan kenalan naik menyampah bila tengok status FB dibanjiri dengan updates play-by-play tentang anak sendiri. Tapi hendak buat bagaimana. Keinginan untuk berkongsi itu lebih besar.

Aku dan Dhilla menyambut ulangtahun perkenalan kami dengan hadiah yang paling bermakna.

Aku dan Dhilla ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua, daripada sanak saudara, rakan taulan, kakitangan Az Zahrah, daripada doktor kepada petugas lain, atas segala bantuan dan doa yang dibekalkan, segala lawatan lawatan ramah mesra bersama Adrian, hadiah-hadiah yang diberikan. Terima kasih sekali lagi.

Esok saja...

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails