Friday, April 30, 2010

Pengalaman Yang Tidak Dapat Saya Lupakan

Setiap orang mempunyai pengalaman masing-masing yang tidak dapat dilupakan. Saya juga mempunyai satu pengalaman yang tidak akan dapat saya lupakan. Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat yang lalu. Pagi itu saya tengah tidur. Kemudian isteri saya memberitahu saya yang kemungkinan masanya untuk bersalin sudah tiba. Lalu saya pun bersiap-siap untuk ke hospital. Sebelum ke hospital isteri saya sempat bermain komputer. Saya pun mengambil kesempatan yang ada dengan bermain komputer juga. Kemudiannya kami turun ke bawah untuk bersarapan pagi sambil menonton kartun yang ditayangkan di Disney Channel. Selepas itu kami pun bertolak ke hospital dengan menaiki kereta.

Perjalanan ke hospital mengambil masa yang agak lama walaupun jaraknya dari rumah saya hanyalah lebih kurang 5 kilometer. Rupanya ada bomba tengah menyembur air ke laluan motor. Saya tidak tahu mengapa bomba menyembur air tersebut. Pada pendapat saya mungkin berlaku kemalangan sebelum itu.

Setelah sampai ke hospital kami pun menuju ke bahagian bersalin. Isteri saya dimasukkan ke bilik bersalin untuk diperiksa. Setelah diperiksa memang betul isteri saya sudah hendak bersalin. Saya dan isteri berasa gembira kerana akhirnya masa yang dinantikan sudah tiba.

Lima jam selepas itu isteri saya pun selamat melahirkan seorang anak lelaki. Dia sangat comel. Namanya Muhammad Luqman Wazif. Saya pun berasa gembira kerana isteri dan anak saya selamat. Itulah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.



blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails